top of page

Eczema & Resdung (KSSI)

Rawatan eczema, resdung

30 min
Serendah RM25 sebagai KONSULTASI.
KLINIK SALAM SUNGAI ISAP

Huraian Perkhidmatan

🔥 RAWATAN ECZEMA & RESDUNG UNTUK ANAK ANDA DI KLINIK SALAM 🔥 💡 Anak kerap mengalami masalah kulit atau resdung? Jangan biarkan mereka terus menderita! ✅ Gatal, merah, dan kulit kering berulang kali? ✅ Hidung tersumbat, bersin pagi-pagi, atau selalu batuk malam-malam? ✅ Kulit anak sering luka akibat digaru sampai berdarah? ✅ Terjaga malam kerana kulit gatal atau hidung tersumbat? Kami di Klinik Salam Sungai Isap sedia membantu dengan rawatan terbaik! --- 🩺 PERKHIDMATAN RAWATAN KAMI ✔️ Terapi Ubat Pelega Radang & Alergi – Kawal simptom eczema & resdung dengan rawatan yang selamat. ✔️ Saringan Pencetus Alergi – Kenal pasti alergen yang menyebabkan masalah anak anda. RM360 untuk 36 Jenis pencetus alergik termasuk makanan Dan faktor persekitaran ✔️ Khidmat Konsultasi Doktor Berpengalaman – Rawatan khas untuk setiap kes, bukan sekadar ubat semata-mata. ✔️ Susulan Rawatan – Pemantauan berkala untuk elakkan masalah berulang. --- 💡 FAQ (Soalan Lazim) & JAWAPAN 1️⃣ Adakah eczema boleh sembuh sepenuhnya? ➡️ Eczema adalah penyakit kulit kronik, tetapi boleh dikawal dengan rawatan yang betul. Langkah pencegahan dan penjagaan kulit yang baik boleh mengurangkan kekerapan flare-up. 2️⃣ Apa beza eczema biasa dan eczema yang perlu rawatan doktor? ➡️ Jika kulit anak sering merah, bersisik, luka akibat digaru, atau tidak bertambah baik dengan pelembap biasa, segeralah berjumpa doktor untuk rawatan lanjut. 3️⃣ Bagaimana saya tahu anak saya ada resdung atau sekadar selesema biasa? ➡️ Resdung (Rhinitis Alergi) biasanya berlaku setiap pagi atau malam, dengan gejala seperti: Hidung tersumbat atau berair (terutama selepas bangun tidur) Bersin berkali-kali Mata gatal & berair Batuk tanpa demam, terutama waktu malam 4️⃣ Adakah saringan alahan perlu untuk anak saya? ➡️ Jika anak kerap mengalami masalah hidung berair, batuk, kulit gatal, atau ekzema yang kerap berulang, saringan alahan boleh membantu mengenal pasti pencetus alergi seperti habuk, makanan, atau haiwan peliharaan. 5️⃣ Adakah rawatan ini sesuai untuk bayi dan kanak-kanak kecil? ➡️ Ya! Kami menawarkan rawatan selamat & sesuai untuk semua peringkat umur, termasuk bayi. --- 📅 Jangan biarkan anak terus menderita! Tempah konsultasi sekarang! 📍 Lokasi Klinik: 📍 Google Maps: https://maps.app.goo.gl/tTZzCNi8tn4FsuHw9 📞 Hubungi Kami: 📲 WhatsApp/Tel: +60 11-2102 4399 🌟 Bantu anak anda hidup lebih selesa tanpa eczema & resdung! 😊


Dasar Pembatalan

Polisi Berkaitan Waktu Rawatan dan Keadaan Kelewatan Klinik kami sentiasa berusaha untuk memberikan rawatan tepat pada masanya seperti yang dijadualkan. Walau bagaimanapun, waktu rawatan mungkin akan mengalami kelewatan bergantung kepada beberapa faktor berikut: 1. *Keadaan trafik pesakit di dalam klinik* – Sekiranya jumlah pesakit melebihi jangkaan, jadual rawatan mungkin sedikit terjejas. 2. *Prosedur rawatan yang memakan masa lebih lama* – Dalam situasi tertentu, rawatan sebelum waktu temujanji anda seperti *ultrasound, prosedur incisional, debridement, sedutan telinga, dressing*, dan sebagainya, memerlukan masa tambahan. Hal ini adalah perkara biasa dalam operasi klinik dan bertujuan memastikan semua pesakit menerima rawatan terbaik. 3. *Kes kecemasan* – Jika berlaku kes kecemasan seperti *kod biru (cardiac arrest)* atau kod kecemasan lain yang berkaitan, doktor yang dijadualkan untuk merawat anda perlu memberikan keutamaan kepada kes tersebut. Ini adalah sebahagian daripada *Sumpah Hippocrates*, yang mengutamakan menyelamatkan nyawa tanpa kompromi. *Hak Anda Sebagai Pesakit* Sekiranya berlaku kelewatan, anda berhak untuk: - Memaklumkan kepada staf klinik untuk menjadualkan semula temujanji anda. - Sebarang deposit yang telah dibayar akan dibawa ke hadapan untuk temujanji berikutnya. Sekiranya kelewatan berlaku lagi, polisi ini akan terus terpakai sehingga rawatan anda selesai. *Polisi Berkaitan Kelewatan dan Kelakuan Pesakit* Kami juga ingin menegaskan bahawa apabila anda menandakan persetujuan kepada polisi ini semasa membuat tempahan, anda bersetuju untuk memahami dan menghormati prosedur rawatan di klinik kami. Namun, jika pesakit didapati: - Membuat aduan di media sosial mengenai kelewatan tanpa berbincang dengan pihak klinik terlebih dahulu. - Mengadu secara terbuka di premis klinik dengan cara yang tidak sopan. - Menulis ulasan negatif di *Google Review, **Facebook Review*, atau platform lain tanpa sebab yang munasabah. Maka, *deposit yang telah dibayar akan terbatal*. Dalam kes yang serius, pesakit juga boleh disenaraihitamkan daripada mendapatkan perkhidmatan di klinik kami pada masa akan datang. Kami juga berhak untuk mengemukakan nama anda kepada klinik lain sebagai pesakit yang perlu dielakkan kerana gagal menghormati peraturan dan staf kesihatan kami. Kami amat menghargai persetujuan anda dalam mematuhi polisi ini, kerana ia bertujuan memastikan keadilan untuk semua pesakit yang datang ke klinik kami.


Contact Details

  • KLINIK SALAM SUNGAI ISAP, Maju 1, Jalan Gambang, Perkampungan Sungai Isap, Kuantan, Pahang, Malaysia

    0194049665

    kliniksalamtanjunglumpur@gmail.com


©2022 by Group Of Klinik Salam. Proudly created with Wix.com

bottom of page