Sakit Telinga Berdenyut: Panduan Lengkap Punca, Gejala dan Rawatan
- klinik salam Tanjung Lumpur
- 16 Sep
- 6 min membaca
Pernah tak anda terasa sakit telinga berdenyut hingga membuatkan anda berasa tidak senang setiap detik? Atau mungkin sedang membaca artikel ini sambil memegang telinga yang berasa seolah-olah ada sesuatu yang meletup-letup di dalam?
Saya faham perasaan itu. Ia seperti bunyi ketupan tanpa henti gendang kecil dalam telinga anda yang disertai dengan rasa sakit!
Telinga sakit berdenyut adalah antara masalah kesihatan yang paling menyakitkan dan menjejaskan kualiti hidup seharian. Tetapi jangan risau - dalam artikel ini, saya akan kongsi dengan anda segala yang perlu tahu tentang masalah ini - punca, rawatan hingga ke langkah pencegahan.

Dalam penulisan kali ini, kami akan mengupas secara terperinci tentang :
Kefahaman Ringkas Sakit Telinga Berdenyut
Kenapa Telinga Boleh Sakit dan Berdenyut?
Punca Utama Sakit Telinga Berdenyut
Gejala yang Perlu Anda Perhatikan
Bila Perlu Berjumpa Doktor ?
Komplikasi Jika Tidak Dirawat
Pemeriksaan Oleh Doktor
Kaedah Rawatan
Langkah Pencegahan Di Rumah
Jangkitan Telinga Pada Kanak-Kanak
Mitos dan Fakta Tentang Kesihatan Telinga
Soalan Lazim (FAQ)
Kesimpulan
Kefahaman Ringkas Sakit Telinga Berdenyut
Sebelum kita teruskan perbincangan, mari kita fahami apa yang berlaku dalam telinga anda. Sakit telinga berdenyut selalunya terjadi apabila kesakitan yang dialami seseorang itu pada tahap yang tinggi.
Sehingga terasa seperti ada denyutan. Selain itu, ia juga boleh terjadi apabila berlakunya jangkitan kuman. Menyebabkan nanah terkumpul dalam ruang telinga.
Keadaaan ini ibarat sebuah flat kecil yang selesa.Tiba-tiba dicerobohi oleh tetamu tidak diundang memasuki rumah, mengetuk-ketuk dan melakukan kerosakkan - itulah yang berlaku semasa jangkitan telinga atau masalah lain yang menyebabkan keradangan.
Kenapa Telinga Boleh Sakit dan Berdenyut?
Struktur telinga kita adalah satu kejadian semula jadi yang menakjubkan. Ia terdiri daripada tiga bahagian utama:
Telinga luar - bahagian saluran telinga yang paling luar
Telinga tengah - ruang di belakang gegendang telinga
Telinga dalam – komponen telinga dalam yang dikelilingi saraf pendengaran dan keseimbangan
Apabila mana-mana bahagian ini mengalami masalah yang sangat kuat, boleh mengakibatkan kesakitan sehingga terasa berdenyut.

Punca Utama Sakit Telinga Berdenyut
1. Otitis Media - Jangkitan Telinga Tengah
Otitis media adalah punca utama sakit telinga berdenyut dalam kalangan pesakit. Ia berlaku apabila bakteria atau virus menjangkiti ruang di belakang gegendang telinga.
Gejala otitis media:
Sakit telinga yang teruk dan berdenyut
Demam
Pendengaran berkurang
Cecair keluar dari telinga (jika gegendang telinga pecah)
Mungkin sesetengah pesakit yang mengalaminya akan berkata: "Doktor, rasanya macam ada orang ketuk pintu dalam telinga saya 24 jam!" - itulah betapa peritnya otitis media.
2. Otitis Externa – Jangkitan Telinga Bahagian Luar
Otitis externa adalah jangkitan pada bahagian atau saluran telinga luar. Di Malaysia yang panas dan lembap, masalah ini sangat biasa terjadi.
Punca utama:
Penggunaan cotton buds yang berlebihan
Luka kecil pada saluran telinga
Jangkitan kuman atau virus
3. Barotrauma - Masalah Tekanan Udara
Pernahkah telinga berdenyut semasa naik kapal terbang atau menyelam? Itu dinamakan barotrauma telinga. Berlaku apabila tekanan udara di luar dan dalam telinga tidak seimbang.
Situasi yang boleh menyebabkan barotrauma:
Penerbangan
Menyelam
Naik ke kawasan tinggi
Menggunakan lift laju dalam bangunan tinggi
4. Masalah Sinus dan Resdung
Pasti anda bingung, apa kaitannya antara resdung dan telinga ?. Apabila ruang hidung tersumbat, ia boleh memberi kesan kepada telinga kerana saluran yang menghubungkan hidung dan telinga (Eustachian tube) turut terjejas.

Gejala yang Perlu Anda Perhatikan
Selain sakit telinga berdenyut, terdapat beberapa gejala lain yang mungkin anda alami:
Gejala Biasa
Telinga berasa penuh dan berdenyut
Pendengaran berkurang atau seperti ada cotton di telinga
Telinga berdengung atau bunyi 'bising'
Rasa memusing walaupun anda tidak bergerak
Gejala Serius (Perlu Perhatian Segera)
Demam panas (suhu 38°C ke atas)
Telinga sakit berdenyut dan keluar cecair yang berbau
Sakit kepala yang teruk
Sakit telinga berdenyut sampai kepala/rahang
Bila Perlu Berjumpa Doktor?
Jangan main-main dengan sakit telinga berdenyut. Walaupun ada yang boleh hilang sendiri, ada situasi yang memerlukan rawatan perubatan segera.
Komplikasi Jika Tidak Dirawat
Mengabaikan sakit telinga berdenyut boleh membawa kepada:
Gangguan pendengaran kekal
Jangkitan merebak ke tulang tengkorak belakang telinga (Mastoiditis)
Meningitis (jangkitan otak)
Kelumpuhan otot muka
Pembentukan ketulan nanah
Pecah gegendang telinga
Pemeriksaan Oleh Doktor
Doktor akan melakukan pemeriksaan berikut:
Otoscopy - melihat dalam telinga menggunakan alat khas
Tympanometry - ujian fungsi gegendang telinga
Audiometry - ujian pendengaran


Kaedah Rawatan
Terdapat pelbagai jenis rawatan kepada pesakit. Dan rawatan yang dilakukan biasanya adalah mengikut puncanya sendiri. Rujuk rajah di bawah:
Terdapat juga kes di mana pembedahan kecil (Myringotomy & Grommet Insertion) akan dilakukan jika cairan memenuhi ruang telinga tengah (middle ear) sehingga menjadi sangat kurang dengar dan sakit teruk.

Langkah Pencegahan Di Rumah
Seperti yang kita maklum mencegah lebih baik dari merawat. Berikut adalah tips penjagaan harian untuk kesihatan telinga :
1. Kebersihan yang Betul
Jangan gunakan cotton bud untuk cuci dalam telinga
Bersihkan bahagian luar telinga sahaja semasa dan selepas mandi
Keringkan telinga dengan lembut menggunakan tuala
2. Semasa Mandi atau Berenang di pantai atau kolam
Untuk elak jangkitaan kuman :
Pakai ear plugs semasa berenang
Condongkan kepala untuk keluarkan air selepas mandi
Jangan berenang di kawasan air yang kotor
3. Penjagaan Resdung
Jika anda ada masalah sinus:
Guna semburan hidung mengikut saranan doktor
Elakkan diri daripada kepada punca alahan seperti makan laut, habuk dan sebagainya
4. Semasa Penerbangan
Kunyah gula-gula getah semasa take-off dan landing
Telan air liur kerap
Guna nasal decongestant jika perlu (dengan nasihat doktor)
❌ Jangan guna titisan telinga herba tanpa nasihat doktor – boleh burukkan keadaan.
Jangkitan Telinga Pada Kanak-Kanak
Selain itu, jangkitan telinga juga sering kali terjadi pada golongan kanak-kanak dan berikut adalah beberapa fakta ringkas tentang jangkitan telinga pada golongan ini.
Lebih kerap sebab salur tiub eustachian (penghubung antara ruang hidung dan telinga tengah) mereka lebih pendek
Anak kecil mungkin tidak pandai mengadu → tanda: tarik telinga, susah tidur sebab tidak selesa
Boleh menjejaskan perkembangan pertuturan jika berulang-ulang bagi umur bawah 5 tahun akibat kemampuan mendengar yang terbatas
Mitos dan Fakta Tentang Kesihatan Telinga
Mitos Yang Perlu Dibetulkan
Mitos 1: "Tiup angin kuat dalam telinga boleh hilangkan sakit"
Fakta: Ini boleh menyebabkan gegendang telinga pecah! Jangan cuba.
Mitos 2: "Semua sakit telinga perlu antibiotik"
Fakta: Hanya jangkitan bakteria perlukan antibiotik. Virus tidak respon kepada antibiotik.
Mitos 3: "Cotton bud elok untuk bersih telinga"
Fakta: Telinga mampu bersih secara tersendiri. Cotton bud hanya akan dorong kotoran masuk lebih dalam, menyebabkan telinga tersumbat selain risiko jangkitan kuman.
Fakta Menarik Tentang Telinga
Tahi telinga (earwax) sebenarnya merupakan ejen pelindung semula jadi ruang telinga.
Telinga berdesing boleh dipengaruhi oleh stres
Pendengaran kita boleh kenal pasti bunyi serendah 20 decibel
Soalan Lazim (FAQ)
1. Adakah sakit telinga berdenyut boleh hilang sendiri tanpa rawatan?
Ya, dalam beberapa kes. Sakit telinga berdenyut yang disebabkan oleh:
Perubahan tekanan udara biasanya hilang dalam 24-48 jam
Jangkitan virus ringan mungkin reda dalam 3-5 hari
Kotoran dan tahi telinga ( Earwax ) yang tersumbat boleh keluar sendiri
Tetapi jangan tunggu terlalu lama - jika sakit bertahan lebih dari 3 hari atau semakin teruk, jumpa doktor.
2. Bolehkah masalah ini menyebabkan gangguan pendengaran kekal?
Ini soalan yang sering ditanya pesakit. Jawapannya: Ya, jika tidak dirawat dengan betul.
Gangguan pendengaran sementara adalah biasa semasa sakit telinga berdenyut. Tetapi jika jangkitan teruk atau berulang tidak dirawat, ia boleh merosakkan struktur telinga secara kekal.
3. Apakah kaitan antara resdung dan sakit telinga ?
Ramai sering tertanya-tanya tentang persoalan ini.
Saluran Tiub Eustachian menghubungkan hidung dan telinga
Apabila ruang sinus tersumbat dan berlendir dengan hingus, Tiub Eustachian tersumbat
Air tidak dapat keluar dari telinga tengah
Tekanan meningkat dan menyebabkan sakit hingga rasa berdenyut
4. Adakah penggunaan cotton bud memburukkan keadaan?
100% ya! Menggunakan cotton bud atau objek tajam untuk bersihkan telinga boleh:
Menolak kotoran lebih kedalam
Melukai saluran telinga
Menyebabkan jangkitan
Merosakkan gegendang telinga
Ingat!: Telinga ada sistem "self-cleaning" yang berkesan. Biarkan ia buat kerja sendiri!
5. Bagaimana Hendak Kenal Pasti Jangkitan Telinga Pada Kanak-Kanak?
Bagi golongan ini mereka memerlukan kaedah pemerhatian khas, terutamanya yang tidak mampu bercakap lagi :
Tanda pada bayi/kanak-kanak:
Menangis berterusan terutama waktu malam
Tarik-tarik telinga
Enggan minum susu
Demam
Tidur terganggu
Perlu dapatkan pemeriksaan awal berbanding golongan dewasa.
Kesimpulan
Jangkitan telinga mungkin nampak kecil, tetapi jika tidak dirawat dengan betul boleh sebabkan komplikasi serius. Dengan rawatan awal dan penjagaan telinga yang baik, kebanyakan kes boleh sembuh tanpa masalah jangka panjang.
Artikel ini ditulis untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak menggantikan nasihat perubatan profesional. Sentiasa rujuk doktor anda untuk diagnosis dan rawatan yang tepat.
👉 Jika sakit telinga anda berlarutan lebih daripada 2-3 hari, atau keluar cecair bernanah, jumpalah doktor segera.
🦻 Telinga rasa penuh? Berdengung? Susah dengar jelas?Mungkin ada tahi telinga tersumbat yang perlukan rawatan profesional. Jangan risau – kami di Klinik Salam Tanjung Lumpur & Sg Isap sedia membantu anda dengan servis pemeriksaan, rawatan dan cuci telinga yang selamat & berkesan.
👉 Proses cepat, selamat, dan dibuat oleh Doktor Berpengalaman.👉 Sesuai untuk anak-anak, orang dewasa & warga emas.👉 Terus rasa lega & selesa lepas rawatan.
📲 Tempah slot anda sekarang! 👉 WhatsApp kami di sini: wa.me/601121024399
👉 Tempah Slot Temujanji
✨ Jangan biar masalah telinga tersumbat ganggu hidup anda. Rasa lega hari ini juga!




.png)

Komen