BREASTFEEDING COUNSELLING & INDUCTION (KAUNSELING PENYUSUAN DAN INDUKSI) in Kuantan
Get breastfeeding insights and gets the best milk for your new lovely baby.
Service Description
🍼 Susu Badan Ibu Yang Terbaik Untuk Anak Baru Lahir Sehingga 2 Tahun Tapi Kenapa Susu Tak Keluar? Payudara Rasa Kosong? Bayi Menangis Tapi Tak Cukup Menyusu? Ibu sedang stress sebab: ❌ Susu tak keluar walaupun dah cuba pam 10 kali ❌ Bayi tak pandai latch ❌ Luka pembedahan masih sakit ❌ Orang sekeliling paksa beri susu formula JANGAN PUTUS ASA! Ada jalan penyelesaian. Kami di Klinik Salam Tanjung Lumpur & Sungai Isap sedia membantu dengan servis profesional Kaunseling & Induksi Susu Badan. 🌟 Apa Yang Kami Tawarkan? ✅ Penilaian lengkap ibu & bayi – masalah hormon, puting tenggelam, NICU, pembedahan & lain-lain ✅ Teknik latch & posisi yang betul oleh staf terlatih ✅ Bantuan perubatan: ubat galak susu (domperidone) & jadual pam susu (power pumping) ✅ Pakej khas untuk ibu angkat / relaktasi ✅ Follow-up online & sokongan emosi ibu setiap langkah ✅ Panduan penyimpanan susu & persediaan kembali kerja 👩⚕️ Siapa Yang Patut Datang? 🎈Ibu baru bersalin (normal / LSCS) 🎈Ibu dengan masalah susu lambat keluar 🎈Ibu bayi pramatang / NICU 🎈Ibu angkat yang ingin menyusukan anak 🎈Ibu relaktasi selepas putus susu 📦 Pakej Induksi Susu Ibu Bermula RM89 Sahaja! 🗓️ Termasuk sesi konsultasi, ubat galak susu & pelan pemantauan 💬 Sokongan WhatsApp lepas sesi pun kami ada!
Cancellation Policy
Polisi Berkaitan Waktu Rawatan dan Keadaan Kelewatan Klinik kami sentiasa berusaha untuk memberikan rawatan tepat pada masanya seperti yang dijadualkan. Walau bagaimanapun, waktu rawatan mungkin akan mengalami kelewatan bergantung kepada beberapa faktor berikut: 1. *Keadaan trafik pesakit di dalam klinik* – Sekiranya jumlah pesakit melebihi jangkaan, jadual rawatan mungkin sedikit terjejas. 2. *Prosedur rawatan yang memakan masa lebih lama* – Dalam situasi tertentu, rawatan sebelum waktu temujanji anda seperti *ultrasound, prosedur incisional, debridement, sedutan telinga, dressing*, dan sebagainya, memerlukan masa tambahan. Hal ini adalah perkara biasa dalam operasi klinik dan bertujuan memastikan semua pesakit menerima rawatan terbaik. 3. *Kes kecemasan* – Jika berlaku kes kecemasan seperti *kod biru (cardiac arrest)* atau kod kecemasan lain yang berkaitan, doktor yang dijadualkan untuk merawat anda perlu memberikan keutamaan kepada kes tersebut. Ini adalah sebahagian daripada *Sumpah Hippocrates*, yang mengutamakan menyelamatkan nyawa tanpa kompromi. *Hak Anda Sebagai Pesakit* Sekiranya berlaku kelewatan, anda berhak untuk: - Memaklumkan kepada staf klinik untuk menjadualkan semula temujanji anda. - Sebarang deposit yang telah dibayar akan dibawa ke hadapan untuk temujanji berikutnya. Sekiranya kelewatan berlaku lagi, polisi ini akan terus terpakai sehingga rawatan anda selesai. *Polisi Berkaitan Kelewatan dan Kelakuan Pesakit* Kami juga ingin menegaskan bahawa apabila anda menandakan persetujuan kepada polisi ini semasa membuat tempahan, anda bersetuju untuk memahami dan menghormati prosedur rawatan di klinik kami. Namun, jika pesakit didapati: - Membuat aduan di media sosial mengenai kelewatan tanpa berbincang dengan pihak klinik terlebih dahulu. - Mengadu secara terbuka di premis klinik dengan cara yang tidak sopan. - Menulis ulasan negatif di *Google Review, **Facebook Review*, atau platform lain tanpa sebab yang munasabah. Maka, *deposit yang telah dibayar akan terbatal*. Dalam kes yang serius, pesakit juga boleh disenaraihitamkan daripada mendapatkan perkhidmatan di klinik kami pada masa akan datang. Kami juga berhak untuk mengemukakan nama anda kepada klinik lain sebagai pesakit yang perlu dielakkan kerana gagal menghormati peraturan dan staf kesihatan kami. Kami amat menghargai persetujuan anda dalam mematuhi polisi ini, kerana ia bertujuan memastikan keadilan untuk semua pesakit yang datang ke klinik kami.
Contact Details
Klinik Salam Tanjung Lumpur, PERUMAHAN KG SG DERAKA, Jalan Tanjung Lumpur, Kuantan, Pahang, Malaysia
0194049665
kliniksalamtanjunglumpur@gmail.com